PENGGUNA SERTA HAK-HAKNYA..


SIAPA ITU PENGGUNA

"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalam masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".

Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barangan dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak "wants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.

HAK-HAK PENGGUNA

Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambil kira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.

Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenal pasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut:

(a) Hak untuk mendapat maklumat

(b) Hak untuk membuat pilihan

(c) Hak untuk menyuarakan pendapat

(d) Hak untuk mendapat keselamatan

Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenal pasti empat lagi hak-hak asasi pengguna

iaitu:

(a) Hak untuk mendapat keperluan asas

(b) Hak untuk mendapat ganti rugi

(c) Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

(d) Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat

Hak Untuk Mendapat Keselamatan : Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.

Hak Untuk Mendapat Maklumat :

Pengguna berhak mendapatkan maklumat yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.

Hak Untuk Membuat Pilihan : Pengguna berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan.

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat : Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuas hati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi.

Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas ; Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain.

Hak Untuk Mendapat Ganti rugi : Pengguna adalah berhak mendapat ganti rugi disebabkan Man yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Hak Untuk Mendapat Pendidikan Penqquna : Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik.

Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat : Pengguna berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment

~Senarai Agensi Aduan Kepenggunaan~



AGENSI KERAJAAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_aduan


E - Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)


Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.




logo_ttpm


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)




Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

logo_bpa


Biro Pengaduan Awam (BPA)




Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan.



logo_kpkt


Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)




TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.

logo_ttha
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini

logo_skmm


Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

logo_km


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_nccc


Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.

logo_ppim


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.
AGENSI LAIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_suruhanjaya_sekuriti


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

logo_fmb
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)


Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.

BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful .