KUASA PENGGUNA
"1 PENGGUNA, 1 SUARA"

"Kuasa Pengguna" ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.

Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :

Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan


‘1 Pengguna' bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘ satu pengguna' yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.


‘1 Suara' membawa maksud setiap pengguna perlu bertindak secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan secara berkumpulan sama ada dalam organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan.

Tanggungjawab Pengguna:

Kesedaran Mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Penglibatan dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.

Tanggungjawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.

Tanggungjawab Alam Semulajadi

Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.

Bersatu Padu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment

~Senarai Agensi Aduan Kepenggunaan~



AGENSI KERAJAAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_aduan


E - Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)


Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.




logo_ttpm


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)




Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

logo_bpa


Biro Pengaduan Awam (BPA)




Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan.



logo_kpkt


Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)




TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.

logo_ttha
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini

logo_skmm


Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

logo_km


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_nccc


Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.

logo_ppim


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.
AGENSI LAIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_suruhanjaya_sekuriti


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

logo_fmb
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)


Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.

BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful .